Tuesday, October 13, 2009

DIDIKLAH HAWA NAFSU

عن أبي محمد عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) : "لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعاً لما جئت به". (حديث حسن صحيح، رويناه في كتاب الحجة بإسناد صحيح)
Maksudnya:

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash Radhiallahu ‘anhuma, katanya: "Telah bersabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: 'Tidak benar-benar beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya menuruti apa yang aku bawa.” (Hadis ini hadis hasan sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah dengan sanad sahih.)

Pengajaran hadith:

1. Hadis ini menerangkan bahawa salah satu daripada tuntutan iman bagi seseorang ialah hawanafsunya mestilah tunduk dan menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam.

2. Sekiranya dia mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam atau menyintai maksiat daripada amal kebajikan, maka imannya masih tidak sempurna.

3. Ungkapan 'tidak benar-benar beriman' dalam maksud hadis di atas bererti iman tidak sempurna, masih cacat atau tempang, bukan bererti telah jatuh kufur. Seseorang itu hanya jatuh kufur apabila dia menafi atau menolak mana-mana ajaran lslam.

4. Mujahadah hawanafsu (berjihad melawan hawanafsu) adalah mujahadah yang berat, yang tidak tertanggung dan tidak mampu dilaksanakan kecuali oleh orang yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah serta Rasul-Nya.

No comments:

Post a Comment