Monday, January 31, 2011

Sumber Ketenangan

Ketenangan merupakan anugerah Allah kepada orang-orang mukmin. Ketenangan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit atau kekayaan harta benda.

Ramai orang ingin mendapatkan ketenangan dengan pelbagai cara. Ada yang menghabiskan jutaan ringgit untuk mencari ketenangan. Ada yang mengambil jalan singkat dengan menggunakan dadah, minum arak atau pil penenang. Namun mereka gagal mendapat ketenangan yang berpanjangan.

Ketenangan yang hakiki hanya akan diperolehi melalui:

i. keyakinan terhadap perlindungan Allah SWT yang memelihara orang-orang mukmin secara lahir dan batin.

Dengan sentiasa ingat pada Allah dan selalu mengikut petunjukNya (Al Quran dan Sunnah) maka ketenangan akan selalu hidup di dalam hatinya.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 173:

ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُواْ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَقَالُواْ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَڪِيلُ (١٧٣)

“Mereka (yang mentaati Allah dan Rasul) diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik penolong (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”

ii. Mengingat Allah

Hanya dengan mengingat Allah sahaja hati akan menjadi tenang sedangkan mengingat yang selain Allah hanya memperolehi ketenangan pada zahirnya sahaja.

Firman Allah dalam Surah Ar Ra’ad ayat 28

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah" (mengingat Allah). Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

iii. Tawakal terhadap janji Allah untuk melindungi hambaNya (serta memberi ganjaran syurga) menyebabkan timbul keberanian untuk menghadapi musuh.

Ibnu Taimiyah berkata: “Apa yang hendak dilakukan musuh-musuhku terhadapku? Sesungguhnya syurgaku terletak di hatiku. Di manapun aku berada ia selalu bersamaku. Sesungguhnya kematianku adalah syahid. Penjaraku adalah rasa manis, sedangkan mengusirku bagiku adalah pengembaraan (perjalanan).”

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 23:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬ (٢٣)

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”

Orang mukmin menyedari bahawa amal perbuatan yang dilakukan tidak akan sia-sia, melainkan pasti dibalas Allah SWT dengan pembalasan yang sempurna.

Rujukan:

Dr Irwan Prayitno, Msc, Keperibadian Muslim, Pustaka Tarbiatuna, Jakarta, Jun 2010.

Menjana Sifat Berani

Keberanian merupakan anugerah Allah kepada hambanya yang beriman. Keberanian yang bermanfaat kepada kita ialah keberanian yang membawa kita taat kepada perintah Allah. Keberanian dalam melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Bukannya berani dalam menderhaka perintah Allah.

Pada hari ini ramai orang yang berani melakukan kemungkaran. Berani mencabar hukum Allah. Tetapi takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menyampai risalah Islam kepada masyarakat. Takut kehilangan jawatan. Takut hilang populariti atau sokongan. Dan pelbagai jenis takut lagi.

Keberanian dijanakan melalui beberapa sumber:

i. Keberanian yang sebenar muncul kepada seseorang yang meyakini bahawa Allah selalu membela dan memberi pertolongan kepada hambaNya yang berjuang di atas jalan kebenaran. Ia tidak takut menghadapi tentangan atau halangan hidup, bersiap sedia untuk berjuang menegakkan yang haq (kebenaran).

Firman Allah di dalam Surah Al Ankabut ayat 69:

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

ii. Keberanian juga bersumber kepada keyakinan terhadap qadha’ dan qadar Allah SWT yang telah ditentukan. Ia tidak takut kepada kematian kerana kematian di jalan Allah SWT merupakan anugerah yang selalu dirinduinya. Mereka yakin bahawa segala kemudaratan atau bencana hanyalah ketentuan Allah SWT belaka.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 157 -158

وَلَٮِٕن قُتِلۡتُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَوۡ مُتُّمۡ لَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَحۡمَةٌ خَيۡرٌ۬ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ (١٥٧) وَلَٮِٕن مُّتُّمۡ أَوۡ قُتِلۡتُمۡ لَإِلَى ٱللَّهِ تُحۡشَرُونَ (١٥٨)

“Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). (157) Demi sesungguhnya! Jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan). (158)”

iii. Orang yang beristiqamah didukung malaikat yang akan menjadikannya berani, tenang dan optimis.

Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 31 - 32

إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ (٣٠) نَحۡنُ أَوۡلِيَآؤُكُمۡ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَشۡتَهِىٓ أَنفُسُكُمۡ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ (٣١) نُزُلاً۬ مِّنۡ غَفُورٍ۬ رَّحِيمٍ۬ (٣٢)

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (30) Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (31) (Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! (32)”

iii. Kemuliaan merupakan anugerah Allah SWT bagi orang-orang mukmin sehingga mereka tidak takut menyampaikan risalah kebenaran.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 39:

ٱلَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَـٰلَـٰتِ ٱللَّهِ وَيَخۡشَوۡنَهُ ۥ وَلَا يَخۡشَوۡنَ أَحَدًا إِلَّا ٱللَّهَۗ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ حَسِيبً۬ا (٣٩)

“(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).”

Rujukan:

Dr Irwan Prayitno, Msc, Keperibadian Muslim, Pustaka Tarbiatuna, Jakarta, Jun 2010.

Istiqamah Dalam Beramal

Istiqamah adalah konsisten, tetap dan teguh. Tetap dalam pendirian, tidak berubah dan tahan diuji. Sifat ini perlu ada pada setiap mukmin bagi memastikan akhir hidupnya dalam keadaan beriman kepada Allah. Kegagalan atau kejayaan seseorang itu akan ditentukan berdasarkan iman dan amalannya ketika ia mengakhiri hidupnya di atas muka bumi ini. Adakah ia dalam keadaan beriman atau kufur? Taat atau derhaka kepada Allah?

Istiqamah terdiri daripada beberapa unsur iaitu:

i. Tidak menyimpang atau cenderung pada kekufuran.

Firman Allah dalam surah Hud ayat 112 – 113:

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْ‌ۚ إِنَّهُ ۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬ (١١٢) وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣)

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)”

ii. konsisten dalam menegakkan agama Allah dan tidak ragu dalam mengamal Islam yang dianutinya.

Firman Allah dalam Surah Al Isra’ ayat 73 - 74

وَإِن ڪَادُواْ لَيَفۡتِنُونَكَ عَنِ ٱلَّذِىٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ لِتَفۡتَرِىَ عَلَيۡنَا غَيۡرَهُ ۥ‌ۖ وَإِذً۬ا لَّٱتَّخَذُوكَ خَلِيلاً۬ (٧٣) وَلَوۡلَآ أَن ثَبَّتۡنَـٰكَ لَقَدۡ كِدتَّ تَرۡڪَنُ إِلَيۡهِمۡ شَيۡـًٔ۬ا قَلِيلاً (٧٤)

“Dan sesungguhnya mereka hampir memesongkanmu (wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya dan (kalau engkau melakukan yang demikian) barulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. (73) Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. (74)”

iii. Tetap teguh, tahan dan kuat dalam menghadapi dan melaksanakan perintah Allah serta mampu menghadapi segala ujian.

Firman Allah dalam Surah Asy Syura ayat 15:

فَلِذَٲلِكَ فَٱدۡعُ‌ۖ وَٱسۡتَقِمۡ ڪَمَآ أُمِرۡتَ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ‌ۖ وَقُلۡ ءَامَنتُ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِن ڪِتَـٰبٍ۬‌ۖ وَأُمِرۡتُ لِأَعۡدِلَ بَيۡنَكُمُ‌ۖ ٱللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمۡ‌ۖ لَنَآ أَعۡمَـٰلُنَا وَلَكُمۡ أَعۡمَـٰلُڪُمۡ‌ۖ لَا حُجَّةَ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمُ‌ۖ ٱللَّهُ يَجۡمَعُ بَيۡنَنَا‌ۖ وَإِلَيۡهِ ٱلۡمَصِيرُ (١٥)

“Maka kerana itu serulah (mereka kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)”

Keimanan seseorang muslim mencakupi tiga unsur di atas, harus dipelihara dan dijaga dengan sikap istiqamah. Sikap istiqamah akan melahirkan tiga hal yang merupakan ciri orang yang beriman sempurna iaitu keberanian, ketenangan dan optimis.

Rujukan:

Dr Irwan Prayitno, Msc, Keperibadian Muslim, Pustaka Tarbiatuna, Jakarta, Jun 2010.

Kesan Kalimah Syahadah Dalam Kehidupan

Syahadaatain (dua kalimah syahadah) begitu berat diperjuangkan oleh para sahabat dan Nabi S.A.W, bahkan mereka bersiap dan tidak takut terhadap segala ancaman orang kafir.

Sahabat Nabi misalnya Habib berani menghadapi siksaan dipotong tubuhnya satu persatu oleh Musailamah (mengaku menjadi nabi). Manakala Bilal bin Rabah tahan menerima himpitan batu besar di siang hari yang panas.

Mereka bersedia dan berani mempertahankan kalimah syahadah kerana ia mengandungi makna yang mendalam bagi mereka. Syahadah bagi mereka difahami dengan erti yang sebenarnya meliputi pengertian ikrar, sumpah dan janji.

Firman Allah dalam Surah Al Hujurat ayat 15:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ يَرۡتَابُواْ وَجَـٰهَدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Majoriti umat Islam memahami syahadah hanya sebagai ikrar sahaja. Apabila mereka tahu bahawa syahadah juga mengandungi erti sumpah dan janji, serta tahu bahawa akibat janji dan sumpah maka mereka akan benar-benar mengamalkan Islam dan beriman.

Iman sebagai dasar dan juga hasil dari penyataan syahadah yang betul. Iman merupakan penyataan yang keluar dari mulut, juga diyakini oleh hati dan diamalkan oleh perbuatan sebagai pengertian yang sebenarnya dari iman.

Apabila kita mengamalkan syahadah dan diasaskan dengan iman yang konsisten dan istiqamah, maka beberapa hasil akan dirasakan seperti keberanian, ketenangan dan optimis menjalani kehidupan. Kemudian Allah akan memberikan kebahagiaan kepada kita di dunia dan akhirat.

Rujukan:

Dr Irwan Prayitno, Msc, Keperibadian Muslim, Pustaka Tarbiatuna, Jakarta, Jun 2010.

Cinta Sejati

Cinta akan mempengaruhi kehidupan seseorang, sama ada cinta kepada Allah atau bukan kepada Allah. Cinta bukan kepada Allah sering membawa kepada cinta buta yang sukar untuk dikendali sedangkan cinta kepada Allah akan membawa kedamaian dan ketenangan.

Cinta kepada makhluk membawa kepada rasa tidak pasti, perasaan ingin tahu dan kelihatan bersukacita. Cinta kepada benda akan hapus apabila benda itu hilang atau rosak, manaka cinta kepada Allah kekal dan abadi.

Cinta kepada seseorang membawa kepada kehanyutan perasaan yang kadangkala membawa kepada emotional manakala cinta kepada Allah akan membawa kepada ketenteraman jiwa.

Kita boleh mencintai sesama manusia (anak, isteri, ibu dan bapa dan sebagainya) tetapi tidak boleh melebihi cinta kepada Allah sepertimana firman Allah dalam surah at Taubah ayat 24:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ (٢٤)

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Cinta yang bukan kepada Allah biasanya berdasarkan syahwat sedangkan cinta kepada Allah adalah berteraskan iman. Syahwat akan mengendalikan diri kita. Bahkan kita akan menuruti syahwat yang dapat membahayakan diri kita. Manakala iman akan membawa kepada kebaikan.

Cinta mempunyai beberapa ciri di antaranya adalah selalu ingat, mengagumi, rela, sedia berkorban, takut, mengharap dan mentaati.

Cinta boleh menjadi racun atau madu. Cinta akan menjadi racun apabila didasari oleh syahwat. Manakala cinta menjadi sebagai madu apabila didasari dengan iman.

Dalam realiti kehidupan hari ini banyak manusia yang bercinta hingga mengakibatkan berlakunya kejadian bunuh diri, kecewa, stress, sakit jiwa, tercicir sekolah, tidak berprestasi dalam kerja, hamil di luar nikah, perbuatan maksiat, tingkah laku tidak bermoral dan lain-lain.

Tentunya cinta yang sedemikian perlu dihindari oleh kita. Tidak ada manusia yang normal mahu membunuh diri, kecewa, stress, sakit jiwa, tercicir sekolah, gagal dalam pekerjaan atau hamil di luar nikah. Namun hal ini dengan mudah berlaku kepada manusia yang bercinta.

Cinta bukan kepada Allah boleh menjadikan manusia lupa diri dan dunia. Sebaliknya cinta manusia kepada Allah dan Rasul membawa kepada kebaikan dan kejayaan.

Cinta seorang mukmin lahir daripada ketulusan iman kepada Allah bukan semata-mata memenuhi kehendak nafsu dan iblis. Iblis membawa manusia kepada kehancuran sedang Allah mengajak manusia kepada syurga dan jalan yang lurus.

Cinta kepada Allah dan RasulNya mesti diiringi nilai Islam yang benar. Kesalahan dalam mencintai Rasul akan membawa kepada taklid yang membabi buta dan pemujaan yang berlebihan. Kasih sayang sesama manusia tanda wujudnya perasaan cinta perlu tunjukkan sesama muslim sebagaimana firman Allah dalam Surah al Fath ayat 29:

مُّحَمَّدٌ۬ رَّسُولُ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥۤ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَہُمۡ‌ۖ

“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)”

Cinta berdasarkan syariat akan kekal tidak sahaja di dunia tetapi akan berlanjutan sehingga ke akhirat. Cinta kepada Allah, Rasul dan orang yang beriman mesti berdasarkan iman sehingga cinta dapat berjalan secara yang benar. Cinta para sahabat Rasulullah kepada baginda Nabi menyebabkan mereka senang untuk mengamalkan segala suruhan Rasulullah. Bahkan para sahabat bersedia untuk berkorban demi kepentingan Rasulullah dan Islam.

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡہُمۡ ذُرِّيَّتُہُم بِإِيمَـٰنٍ أَلۡحَقۡنَا بِہِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَمَآ أَلَتۡنَـٰهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَىۡءٍ۬‌ۚ كُلُّ ٱمۡرِىِٕۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ۬ (٢١)

“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.”

(Surah At Tur ayat 21)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan memberi kerana Allah, maka sungguh telah sempurna imannya” (HR Abu Daud).

Rujukan:

Dr Irwan Prayitno, Msc, Keperibadian Muslim, Pustaka Tarbiatuna, Jakarta, Jun 2010.

Sunday, January 30, 2011

Rahsia Kebahagiaan

Sheikh Ibnu Sa’di telah mengemukakan beberapa petua untuk mencapai kebahagiaan hidup. Sesungguhnya kebahagiaan manusia adalah bersandarkan kepada beberapa prinsip seperti berikut:

i. Faktor yang terpenting dan utama bagi kebahagiaan dan kejayaan manusia ialah beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh sebagaimana firman Allah dalam surah An Nahl ayat 97:

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحً۬ا مِّن ذَڪَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَلَنُحۡيِيَنَّهُ ۥ حَيَوٰةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٩٧)

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik[*] dan Sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan. (Surah An Nahl ayat 97)

[*] Ditekankan dalam ayat Ini bahwa laki-laki dan perempuan dalam Islam mendapat pahala yang sama dan bahwa amal saleh harus disertai iman.

ii. Berbuat baik kepada sesama makhluk, baik dengan perkataan maupun perbuatan serta dengan berbagai macam kebaikan.

iii. Melaksanakan kerja dengan tekun atau menuntut ilmu yang bermanfaat, membiasakan diri untuk melakukan hal-hal yang bermanfaat dan berusaha mewujudkan kebahagiaan atau kejayaan yang diinginkan.

iv. Memberi fokus kepada pekerjaan yang dilakukan pada hari ini dan tidak terganggu dengan pekerjaan yang akan dilakukan pada hari yang mendatang serta membersihkan fikiran dari kesedihan atas perbuatan yang dilakukan di masa lalu.

v. Memperbanyakkan zikir kepada Allah.

vi. Mengingati segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah samada yang kelihatan atau tidak kelihatan.

vii. Berusaha menghilangkan faktor-faktor yang mendatangkan kesedihan dan berusaha mengambil langkah-langkah yang dapat mendatangkan kebahagiaan.

viii. Berusaha meningkatkan kekuatan hati dan menjauhkannya dari khayalan atau angan-angan yang disebabkan oleh fikiran yang kotor.

ix. Memberi keutamaan kepada pekerjaan yang terpenting dan paling bermanfaat.

Rujukan:

Dr Ibrahim Al – Qu’ayyid, 10 Kebiasaan Manusia Sukses Tanpa Batas, terjemahan Fatkhurozi, Lc, Maghfirah Pustaka, Jakarta, 2008.

Belajar Daripada Kesalahan Orang Lain

Sabda Rasulullah: “Apabila suatu dosa dilakukan di muka bumi, maka orang yang menyaksikan (dosa) dan membencinya seperti orang yang tidak menyaksikannya. Sedangkan orang yang tidak menyaksikan namun meredhainya (maka seolah-olah dia) seperti orang yang menyaksikannya (dosa tersebut). (HR Abu Dawud dari Aris Bin Umairah r.a.)

Orang mukmin dianjur supaya apabila mendengar atau menyaksikan ada orang melakukan sesuatu dosa maka dia perlu merasa benci dan tidak redha kepada dosa tersebut.

Perkara yang harus dilakukan apabila mendengar atau menyaksikan sesuatu kesalahan atau dosa:

i. Membetulkan kesalahan dan mengubah kemungkaran semaksima yang termampu.

Rasulullah bersabda: “Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan. Jika tidak mampu maka hendaklah ia mengubahnya dengan lisan. Jika tidak mampu, maka hendaklah dengan hati, dan ini adalah selemah-lemah iman.” (HR Muslim)

Hadis ini menunjukkan peringkat amal yang harus dilakukan apabila melihat kesalahan dan kemungkaran iaitu:

a. mengubah kemungkaran dengan tangan

Mengubah kemungkaran dengan tangan bukan bermaksud menggunakan pedang atau senjata tetapi mengubah sumber atau punca berlakunya kemungkaran tersebut. Contohnya menumpahkan atau memecahkan botol minuman keras yang sedang diminum oleh peminum arak.
Jika takut keselamatan diri dan keluarga jika mencegah kemungkaran dengan tangan maka hendaklah mengubah dengan lisan.

b. Mengubah kemungkaran dengan lisan

Mengubah kemungkaran dengan lisan perlu dilakukan dengan hikmah dan cara yang lembut.

Ada seorang sahabat yang banyak minum arak di kota Syam. Lalu apabila mendengar berita ini Saidina Umar menulis surat kepadanya dengan memetik ayat daripada Surah Al Mukmin ayat 1- 3 yang bermaksud:

1. Haa Miim. 2. Diturunkan Kitab Ini (Al Quran) dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui, 3. Yang mengampuni dosa dan menerima Taubat lagi keras hukuman-Nya. yang mempunyai karunia. tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nyalah kembali (semua makhluk).

Apabila membaca surat tadi sahabat berkenaan terus meninggalkan minuman keras dan bertaubat kepada Allah.

c. Mengubah kemungkaran dengan hati

Mengubah kemungkaran dengan hati tidak hanya terhenti setakat diam dan membenci dalam hati sahaja tetapi perlu berdoa kepada Allah supaya Allah menghilangkan kemungkaran dan memberi petunjuk kepada pelaku kemungkaran berkenaan sepertimana doa Rasulullah ketika dianiayai.

“Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” (HR Ahmad)

Termasuk mencegah kemungkaran dengan hati ialah dengan meninggalkan majlis yang terdapat maksiat berlaku di dalamnya. Firman Allah dalam Surah an Nisa’ ayat 140 yang bermaksud:

"Dan sungguh Allah Telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), Maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena Sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam ",

Contoh: Apabila mendengar ayat Allah dipersendakan maka kita perlu meninggalkan majlis berkenaan.

Memulau pelaku maksiat atau dosa termasuk dalam mencegah kemungkaran dengan hati.

Rasulullah memulau 3 orang sahabat yang tidak ikut dalam perang Tabuk sepeti mana firman Allah dalam ayat 118 Surah At Taubah yang bermaksud:

"Dan terhadap tiga orang [yaitu Ka'ab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi'. mereka disalahkan Karena tidak ikut berperang] yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi Telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun Telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka Telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima Taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

ii. Menjadikan kesalahan orang lain sebagai alat untuk meneropong ke dalam diri sendiri dan melakukan muhasabah (menilai diri sendiri)

Rasulullah bersabda: “Orang yang bahagia adalah orang yang dapat mengambil pelajaran dari (kesalahan) orang lain.”

Keupayaan untuk menjadikan kesalahan orang lain sebagai alat untuk melihat ke dalam diri sendiri dan melakukan muhasabah akan dapat

a. mengetahui faktor orang lain melakukan kesalahan supaya kita dapat mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang sama.

b. Mengetahui cara untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan

c. Menghasilkan motivasi dalam diri dan rasa ‘izzah (mulia) imaniyah dan kemuliaan jiwa yang mendorong untuk menjauhkan diri daripada kesalahan orang yang menjerumuskan mereka ke dalam kehinaan di dunia dan akhirat. (Perlu rasa izzah iman atau mulia dengan jiwa kita yang tidak melakukan dosa)

d. Meningkatkan kuantiti dan kualiti iman yang akan menghakis segala bisikan kotor dan hati yang mengajak kepada kesalahan dan dosa. (Meningkatkan iman dan menjauhi daripada mengikut bisikan-bisikan yang mengajak melakukan sesuatu yang tidak syarak)

iii. Tidak menyebarkan berita gosip di tengah masyarakat

Kita tiidak boleh menyebarkan berita gossip yang kita tahu orang lain telah lakukan kerana Allah mengecam orang yang menyebarkan berita buruk sepertimana yang dinyatakan dalam Surah An Nur ayat 19 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak Mengetahui”.

Kita tidak boleh menyebarkan berita tentang kemaksiatan kerana:

a. Menyebarkan berita keburukan orang akan memburukkan lagi hati orang yang melakukannya dan rasa malas untuk bertaubat. Kalau bertaubat pun akan menanggung bebanan mental yang berat kerana orang akan tetap mengingati kesalahan yang lalu dan menaruh curiga terhadapnya dan tidak begitu percaya dengan taubat yang telah dilakukan.

b. Keburukan yang dilakukan oleh ikon, tokoh atau public figuredalam masyarakat jika disebarkan akan menyebabkan iannya menjadi ikutan kepada orang lain.

c. Menyebarkan berita keburukan orang lain akan menjerumuskan penyebarnya ke dalam kebinasaan disebabkan rasa sombong dan rasa diri lebih baik daripada orang lain serta tidak terdorong untuk bertaubat. Kemungkinan orang yang melakukan maksiat tadi telah bertaubat dan menyesali perbuatannya dan dosanya telah diampun oleh Allah. Akibatnya tanpa kita sedari pahala yang kita ada dipindahkan kepada orang berkenaan disebabkan tindakan kita menyebarkan keburukannya.

iv. Tidak boleh membenci atau memperlekehkan pelakunya (peribadi) melainkan benci kepada perangai atau perlakuan buruk sahaja.

“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain. Ia tidak boleh menzaliminya, menghinanya dan melecehkannya.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Firman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 11yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diolok-olokkan) lebih baik dari wanita-wanita (yang mengolok-olokkan).

Sikap membenci dan memandang hina perbuatan maksiat, bukan kepada pelakunya akan menghasilkan kesan yang positif seperti berikut:-

a. menghindarkan kita dari bencana

Ibnu Mas’ud berkata: “Bencana itu seringkali disebabkan perkataan. Seandainya aku menghina seekor anjing, nescaya ku takut apabila aku diubah oleh Allah menjadi seekor anjing,”

Amr bin Syarahbil berkata: “Seandainya aku melihat seseorang menyusu seekor kambing, lalu aku tertawa kerana kelakuannya, nescaya aku takut apabila suatu saat nanti aku akan melakukan seperti yang telah dilakukannya.”

b. Sikap tidak membenci pelaku akan melahirkan perasaan belas kepada pelaku maksiat dan tidak rasa benci untuk berdakwah bagi menyelamatkan manusia daripada azab Allah.

c. Sikap tidak membenci kepada pelaku maksiat akan dapat menjaga hubungan baik apabila mereka telah bertaubat dan meninggalkan kemaksiatan berkenaan. Ini berbeza apabila kita membenci pelakunya akan menyulitkan kita untuk mencintainya setelah dia bertaubat dan menjadi orang yang baik.

d. Kita perlu sedar bahawa kita pun ada potensi yang sama besar dengan pelaku dosa yang kita hinakan. Cuma Allah dengan rahmatNya telah memimpin kita supaya tidak melakukan dosa dan dijauhkan diri dari perbuatan maksiat.

Rujukan:

Syarah Lengkap Arba’in Ruhiyah, Refleksi 40 Hadis Ruhiyah Rasulullah, Fakhruddin Nursyam, Lc, Bina Insani Press Solo, Solo, 2007.

Monday, January 24, 2011

Syarat Untuk Menjadi Mukmin Yang Kuat Dan Berjaya

Untuk menjadi seorang mukmin yang kuat serta memperolehi kegemilangan di dunia dan kesenangan serta keredzaan Allah di akhirat perlu menunaikan beberapa tanggungjawab sebagaimana berikut:


1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk al- Quran. Berusahalah supaya menghabiskannya tidak melebihi sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.

2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. Sekurangkurangnya buku yang dibaca ialah, “Humatul Islam”. Anda hendaklah banyak membaca hadis Rasulullah s.a.w. dan hafallah sekurang-kurangnya empat puluh hadis, terutama hadis empat puluh Imam Nawawi. Anda hendaklah mempelajari buku-buku tentang asas akidah dan cabang fikah.

3. Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. Anda hendaklah mengambil berat aspek kekuatan dan penjagaan badan serta jauhkanlah daripada segala punca yang melemahkan tubuh badan.

4. Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau minuman perangsang secara berlebihan. Janganlah anda minum minuman seperti ini kecuali jika perlu dan jauhi sama sekali tabiat merokok.

5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan, kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah teras agama ini.

6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.

7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. Janganlah anda mungkiri janji walau apa keadaan sekalipun.

8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang paling baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika marah.

9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau yang benar dan gelak ketawa.

10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri atau mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan anda nescaya apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.

11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan dan jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana persengketaan, anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran walaupun kepada diri anda sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan anda, walaupun ia pahit.

12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada masyarakat. Anda perlu merasa seronok dan gembira jika anda mampu memberikan sesuatu khidmat kepada orang lain. Anda hendaklah melawat orang sakit, membantu mereka yang memerlukan bantuan, orang yang lemah dan orang yang ditimpa malapetaka walaupun sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Sentiasalah berusaha untuk melakukan kebaikan.

13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan. Anda hendaklah memberikan layan yang baik kepada semua manusia. Anda hendaklah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini bermakna anda perlu mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang untuk duduk dalam majlis. Janganlah anda mengintip, mengumpat dan mengangkat suara. Minta izinlah ketika ingin masuk dan keluar. Begitulah seterusnya.

14. Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan baik. Perbanyakkanlah membaca tulisan-tulisan, akhbar, majalah atau sebagainya yang ditulis oleh orang yang jelas kefahaman Islam. Anda sendiri hendaklah mempunyai sebuah perpustakaan walaupun kecil. Anda hendaklah meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda jika anda merupakan orang yang berkepakaran. Anda hendaklah menguasai keseluruhan permasalahan Islam secara mendalam sehingga anda mampu memahami dan memberikan jawapan yang tepat sesuai dengan kehendak fikrah anda.

15. Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecilkecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau setinggi mana sekalipun pencapaian akademik anda.

16. Elaklah dari memegang jawatan atau pekerjaan yang bertentangan sama sekali dengan kewajipan dakwah anda.

17. Anda hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda dengan menjaga aspek kualiti, tekun, tidak menerima atau memberi rasuah dan hendaklah menepati janji.

18. Anda hendaklah menunaikan segala hak-hak anda dengan baik dan menunaikan segala hak orang lain tanpa perlu diminta dan tidak melewat-lewatkannya sama sekali.

19. Anda hendaklah menjauhi segala bentuk judi walau apa sekalipun tujuan di sebaliknya. Anda hendaklah menjauhi segala sumber rezeki yang haram walaupun ia memberikan keuntungan yang segera.

20. Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.

21. Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam. Anda hendaklah memastikan tiada satu senpun wang anda yang jatuh ke tangan bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Anda hendaklah hanya memakai dan memakan hasil buatan negara Islam.

22. Anda hendaklah memberikan sebahagian harta anda sebagai sumbangan kepada dakwah dan tunaikanlah zakat yang diwajibkan. Jadikanlah sejumlah harta anda sebagai sumbangan kepada orang yang memerlukan walau sekecil mana sekalipun pendapatan anda.

23. Anda hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan anda walaupun sedikit untuk masa kecemasan. Janganlah anda terjerumus dalam kemewahan sama sekali.

24. Anda hendaklah berusaha sedaya upaya anda untuk menghidupkan budaya Islam dan menghapuskan budaya asing dalam setiap sudut hidup masyarakat. Budaya tersebut termasuklah cara mengucap salam, bahasa, sejarah, pakaian, perhiasan, waktu bekerja dan berehat, makan dan minum, waktu datang dan balik, waktu sedih dan gembira atau sebagainya. Berusahalah untuk mengamalkan sunnah dalam semua aspek tersebut.

25. Anda hendaklah memulaukan semua kelab, akhbar, pertubuhan dan badan yang bertentangan dengan fikrah Islam anda.

26. Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. Anda hendaklah melalui fasa bersuluk menuju keredaan Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi. Anda hendaklah mendekatkan diri anda dengan Allah Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat, antaranya solat malam, puasa tiga hari setiap bulan sekurangkurangnya, membanyakkan zikir dalam hati dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada setiap masa.

27. Bersucilah dengan cara yang baik dan dalam banyak ketika cubalah berada dalam keadaan berwuduk.

28. Lakukanlah solat dengan baik dan cubalah dirikan solat pada waktunya. Berusahalah sedaya upaya untuk mendirikan solat secara berjemaah di masjid.

29. Berpuasalah di bulan Ramadan dan kerjakanlah haji jika anda berkemampuan. Berusahalah jika boleh untuk merealisasikannya.

30. Anda hendaklah sentiasa semaikan niat untuk berjihad, cintakan mati syahid dan bersedia sedaya upaya anda untuk merealisasikannya.

31. Anda hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan serta berwaspada supaya tidak melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar. Anda perlu peruntukkan sejumlah masa sebelum tidur untuk anda menilai apakah amalan baik dan tidak baik yang telah anda lakukan. Berusahalah menjaga masa kerana masa adalah hayat anda. Janganlah gunakan masa anda untuk sesuatu yang tidak berfaedah. Anda hendaklah bersifat warak terhadap perkara yang meragukan supaya anda tidak terjerumus melakukan perkara yang haram.

32. Anda hendaklah melawan diri anda dengan tegas supaya anda mampu memimpinnya. Anda perlu menutup pandangan mata anda, kawal emosi anda dan naluri semulajadi anda. Anda perlu sentiasa membawa diri anda hanya kepada yang dihalalkan. Anda perlu menjauhkan dirinya daripada perkara haram walau apa keadaan sekalipun.

33. Anda hendaklah menjauhi sama sekali semua minuman arak, minuman yang memabukkan dan yang mengkhayalkan walau apa jenisnya sekalipun.

34. Anda hendaklah menjauhi sahabat-handai yang tidak baik serta tempat-tempat yang penuh noda dan dosa.

35. Anda hendaklah mengelak diri daripada mendekati tempat-tempat hiburan apatah lagi untuk mengunjunginya. Jauhkanlah diri anda daripada segala gaya hidup yang mewah.

36. Anda hendaklah menghentikan segala hubungan anda dengan mana-mana badan atau pertubuhan yang tidak membawa kepentingan kepada gagasan atau fikrah anda terutama apabila anda diminta untuk berbuat demikian.

37. Anda hendaklah berusaha untuk mengembangkan dakwah anda di mana jua dan memaklumkan kepada pimpinan anda setiap perkembangan anda.

Rujukan:

Himpunan Risalah Hassan Al Banna (Majmu’ah Ar Rasail)