Tuesday, May 20, 2008

Realiti Kini

Jika melihat kepada realiti hari ini, manusia secara umumnya mendurhakai syara’. Dosa bukan sahaja menjadi sahabat malah membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan. Hawa nafsu menjadi ganas. Jiwa manusia lebih cenderung kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa.

Jiwa semakin sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa cukup gelisah bila dengar kalimah syara’ lalu dipandang hina, sepi dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan sukakan penyakit. Jiwa mengutamakan penyakit daripada daripada ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu penyakit.

Penyakit mencerca Allah Subhanahu Wa Ta’ala berlaku dalam masyarakat. Cercaan ini berlaku dalam pelbagai bentuk samada secara tersurat atau tersirat. Contohnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala menurunkan hujan. Kedapatan manusia yang mencerca Allah dengan cara berusaha menghalang hujan dengan alasan atau tujuan untuk menjayakan ‘malam amal’ atau majlis-majlis tertentu. Walaupun Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengizinkan hujan berhenti tetapi itu adalah al istidraj. Allah Subhanahu Wa Ta’ala terus membiarkan mereka menunjukkan kemegahan.

Mencerca Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga berlaku dengan cara memandang sepi hukum-hukum Allah Subhanahu Wa Ta’ala, memandang Islam sebagai cara hidup ketinggalan zaman, mengambil sebahagian sebahagian daripada Islam dan menolak sebahagian daripadanya.

Realiti ini lebih payah dan sukar bagi para doktor (para pendakwah) untuk mengubatinya. Manusia yang berpenyakit itu pula akan terus memberi musibah dan kemalangan yang besar kepada umat keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment