Monday, May 19, 2008

Ubat Penyakit Jiwa

Tidak ada ubat yang dapat mengubati penyakit-penyakit jiwa melainkan ubat yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwassalam. Janganlah berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda Sallallahu’alaihiwassalam.

Untuk mengubati sesuatu penyakit, perlu terlebih dahulu kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.

1. Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2. Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

3. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab tersebut.

4. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah Subhanahu Wa Ta’ala, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.

5. Jika penyakit itu merujuk kepada selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam semua hal kehidupan.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan boleh terlepas daripada keputusan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan kepada keputusan Allah Subhanahu Wa Ta’ala iaitu merujuk dan kembali kepada syarak atau Islam sahaja.

6. Jika penyakit itu ialah memandang kecil dan hina terhadap nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta’ala, ubatnya ialah kembali menilai dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Manusia harus diberi kefahaman sebenar terhadap nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan ditarbiyyah (dididik). Dengan cara ini barulah penyakit tersebut dapat sembuh.

Oleh: Abu Muhammad
Rujukan: Kitab Ibn al-Qayyim al-Jauzi

No comments:

Post a Comment