Monday, May 19, 2008

Keriangan Mereka Yang Mentauhidkan Allah

Penyakit mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, disembuhkan dengan cara kembali mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tauhid kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan membuka pintu kebaikan, kegembiraan dan keriangan. Riang dan gembira orang-orang yang beriman ialah riang yang hakiki dan tidak berpura-pura. Keriangan mereka lahir daripada tindakan mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Keriangan mereka adalah keriangan berterusan walaupun mereka dikecam dan diancam.

Inilah keriangan dan kegembiraan bagi orang-orang yang mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka sentiasa bertindak di atas landasan syara’. Sekiranya mereka bertindak di atas landasan syarak tetapi tidak merasai kepuasan, kelazatan dan keriangan, bermakna tauhid itu belum mantap. Mungkin masih terdapat penyakit di jiwa mereka.

No comments:

Post a Comment