Monday, May 05, 2008

Institusi Berteraskan Kebajikan & Pendidikan Islam (Kemaskini Pada 09.04.2009)

Assalamu'alaikum;

Saudara/saudari yang dikasihi sekelian..

Dalam suasana masyarakat yang memerlukan Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan sosial dan keruntuhan akhlak masa kini, maka sebuah institusi Pendidikan yang melaksanakan pendidikan (tarbiah) Islam sebagai agenda utamanya sudah sewajarnya menjadi pilihan ibu bapa.

Ini adalah kerana pendidikan bersepadu adalah proses berterusan yang berteraskan tauhid bagi menghasilkan insan kamil yang dilengkapi dengan kepakaran dan kemahiran terkini, mampu menangani cabaran, memberi sumbangan serta membina ummah yang cemerlang.

Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) komited menyediakan peluang pendidikan tinggi bersepadu dan terancang melalui perkhidmatan warga kerja berkualiti bagi melahirkan individu yang berilmu, berketerampilan dan berakhlak, untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dan profesional negara.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SEMESTER I 2009/10

Pendaftaran pelajar baru bagi sesi pengajian Semester I (Julai) 2009/10 telah dibuka sekarang. Calon yang berminat melanjutkan pengajian di KTD bolehlah mendaftar secara 'on-line' dengan klik di sini, atau menulis surat permohonan ke alamat seperti di bawah, ataupun datang terus ke KTD di alamat:-

Kolej Teknologi Darulnaim
Jalan Padang Golf
16100 Pengkalan Chepa
Kelantan

Untuk keterangan lanjut berkenaan kemasukan pelajar, program yang ditawarkan dan pembiayaan pengajian, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat KTD melalui talian (09) 7747 200 atau (09) 7749 200 - sambungan 246 (En Mohd Razali) atau 280 (En Muhd Redha) atau 248 (Cik Mumtazah Tumian) atau email ke alamat: enquiry@ktd.edu.my

PROGRAM YANG DITAWARKAN
Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

(Tarikh Kemasukan Pelajar Baru 5 Julai 2009)
Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) - DDC (A 2386)
Diploma Sains Komputer (Multimedia) - DDZ (A 2387)
Diploma Pengurusan Teknologi - DDG (A 2389)
Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) - DDW (A 2388)
Diploma Kejuruteraan Elektronik - DDE (SM 2385)

Syarat Kemasukan:-
Lulus SPM atau Sijil Politeknik yang setaraf dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mata pelajaran berikut:-

Bahasa Melayu dan lulus Matematik, atau/dan
kredit Matematik dan lulus Bahasa Melayu
Mana-mana tiga (3) mata pelajaran lain

Nota:
Pemohon-pemohon yang mendapat 3 kredit sahaja boleh memohon untuk mengikuti program Diploma UTM tetapi perlu mengambil 2 subjek tambahan pada semester 1, dari mana-mana subjek berikut mengikut keperluan kursus:- 1. Matematik Asas 2. Matematik Lanjutan 3. Prinsip Perakaunan.
Pemohon yang mempunyai Sijil Politeknik layak untuk memohon pengecualian kredit bagi subjek-subjek yang berkaitan.
Gagal (F9) subjek Matematik dianggap tidak layak

Diploma Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)
(Tarikh Kemasukan Pelajar Baru 5 Julai 2009)
Diploma Pengurusan Perniagaan - DPP (A 4144)
Diploma Multimedia - DMM (SM 4146)

Syarat Kemasukan:-
Lulus SPM atau yang setaraf dengannya dengan mendapat tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran.

Nota:
Pelajar yang tidak kredit Bahasa Melayu diwajibkan mengambil peperiksaan Bahasa Melayu Julai dan mendapat kredit dalam tempoh 3 tahun pengajian.

Diploma Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tarikh Kemasukan Pelajar Baru: 10 Mei 2009 :-
Diploma Pengajian Islam (Syariah) - (KA8867)
Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah) - (KA8868)
Diploma Perbankan Islam - (KA8871)
Diploma Teknologi E-Dagang - (KA8872)
(Rujukan Kementerian Pengajian Tinggi - KPT(JPS)5195/ IPTS/806)

Syarat Kemasukan:-
Untuk Diploma Perbankan Islam dan Diploma E-Dagang: Lulus SPM atau yang setaraf dengannya dengan mendapat tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran serta lulus Matematik dan Bahasa Inggeris..
Untuk Diploma Komunikasi: Lulus SPM atau yang setaraf dengannya dengan mendapat tiga (3) kredit, termasuk Bahasa Melayu, Sejarah dan 1 subjek lain, serta lulus Bahasa Inggeris.
Untuk Diploma Pengajian Islam: Lulus SPM atau yang setaraf dengannya dengan mendapat tiga (3) kredit dalam mana-mana subjek, dan sekurang-kurangnya lulus Bahasa Arab dan Pengajian Syariah
Nota:
Pelajar yang tidak kredit Bahasa Melayu diwajibkan mengambil peperiksaan Bahasa Melayu Julai dan mendapat kredit dalam tempoh 3 tahun pengajian.

PENGIKTIRAFAN AKREDITASI OLEH 'MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY' (MQA) - dahulunya dikenali dengan nama Lembaga Akreditasi Negara (LAN)

Kolej Teknologi Darulnaim telah mendapat pengiktirafan akreditasi penuh untuk tempoh 21 Oktober 2006 hingga 20 Oktober 2011, bagi kursus pengajian secara kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia iaitu Diploma Sains Komputer (Multimedia) (DDZ) - Kod Kursus: A 2387 dan Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) (DDC) - Kod Kursus: A 2386

Kolej Teknologi Darulnaim telah mendapat pengiktirafan akreditasi penuh untuk tempoh 8 November 2006 hingga 7 November 2011, bagi kursus pengajian secara kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia iaitu Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) (DDW) - Kod Kursus: A 2388 dan Diploma Pengurusan Teknologi (DDG) - Kod Kursus: A 2389

Kolej Teknologi Darulnaim juga telah mendapat pengiktirafan akreditasi penuh untuk tempoh 2 November 2006 hingga 1 November 2011, bagi kursus pengajian yang dibangunkan sendiri oleh KTD iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan (DPP) - Kod Kursus: A 4144
Di samping itu Kolej Teknologi Darulnaim telah mendapat pengiktirafan standard minimum bagi dua lagi kursus yang dijalankan di KTD, dan kini dalam usaha mendapatkan pengiktirafan akreditasi penuh, iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik secara kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (DDE) - Kod Kursus: SM 2385 dan Diploma Multimedia (DMM) yang dibangunkan sendiri oleh KTD - Kod Kursus: SM 4146.

No comments:

Post a Comment