Monday, May 19, 2008

Taubat

Taubat bermakna manusia kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, peraturanNya dan hukumNya. Taubat ialah membuang dan mengosongkan diri daripada segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang boleh merosakkan jiwa. Taubat ialah menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta’ala sahaja dalam aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang yang bertaubat.

Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mentauhidkanNya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudaratkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.

No comments:

Post a Comment