Friday, June 01, 2012

Al-Fatihah buat penulis blog, Al-Marhum Akh Mohamad Sabri B Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh......buat semua pembaca blog, Akh Mohamad Sabri B Ibrahim telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2011 jam 4.42 pagi di Hospital Ampang Puteri, setelah 5 hari dirawat akibat stroke (acute cerebral infarction). Saya amat terharu kerana blog beliau masih dilawati oleh ramai dan pelbagai pengunjung, sehinggakan ada yang ingin bertemu dan menemuramah dengan beliau. Sehubungan itu saya ucapkan jazakallah dan terima kasih kepada saudara Syaqiran Muhammad yang mengesyorkan supaya saya meng"update" blog arwah. Saya minta maaf kerana agak lewat membuat pengumuman ini dan jutaan terima kasih buat semua pengunjung blog. Mudah-mudahan dengan usaha beliau yang kecil ini dapat di manafaatkan dan semoga kita semua diberkati Allah swt selalu. Ameen......(isteri arwah, sharihan bt shaari)

2 comments:

  1. Alaikumsalam ya Ukhti Sharihan,
    Alhamdulillah dan bagus sekali andainya blog Almarhum Sabri diaktifkan sbg tanda sambungan dan tautan kasih seorang zaujah dan kita semua terhadapnya.

    Semoga penerusan usaha menulis pd blog beliau akan menggandakan semaraknya bibit dakwah yg bisa di semai dlm pemikiran massa yg dahagakan perkongsian ilmu dan rasa hati.

    Syabas ana ucapkan...

    ReplyDelete
  2. ‎إنا لله وإنا إليه راجعون
    ‎ اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه ، اللهم اسكنه فسيح جناتك جنات النعيم، مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين .

    ReplyDelete