Monday, August 08, 2011

Kaedah Memotivasikan Diri Agar Berlaku Adil

Berlaku adil dapat menjadi kunci keselamatan bagi kita di dunia dan akhirat. Oleh kerana itu kita perlu mengetahui kaedah untuk memberi kekuatan kepada diri kita agar dapat menjadikan keadilan itu sebagai suatu yang menjadi kebiasaan dan tidak menjadi satu kesukaran.


Antara beberapa perkara yang boleh memotivasikan diri kita untuk berlaku adil ialah:



i. menyedari bahawa Allah memerintahkan kita untuk berlaku adil dalam semua aspek kehidupan.


Antara bentuk keadilan adalah seperti:


a. Adil dalam perkataan.


Firman Allah yang bermaksud:


“Dan apabila berbicara, maka berbicaralah dengan adil.” (Surah Al An’am ayat 152)


b. Adil dalam menghukum dan memutuskan,


“Apabila kamu menghukum di antara manusia, maka hendaknya kamu menghukum dengan adil.” (Surah An Nisa’ ayat 58)


c. Adil terhadap para isteri.


“Jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (terhadap isteri-isterimu), maka menikahlah dengan seorang isteri sahaja.” (Surah An Nisa’ ayat 3)


d. Adil dalam menulis hutang,


“Hendaklah seseorang jurutulis menuliskan (hutang) di antara kamu dengan adil.” (Surah al Baqarah ayat 282)


e. Adil dalam mengadakan kesefahaman,


“Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikan antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Surah Al Hujurat ayat 9)


f. Adil dalam memberikan kesaksian,


“Dan jadikanlah sebagai saksi dua orang yang adil diantara kamu.” (Surah Ath –Thalaq ayat 2)


g. Adil walaupun terhadap musuh Islam


“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.” (Surah Al Maidah ayat 8)


ii. Menyedari bahawa Allah telah mengharamkan kezaliman yang menjadi lawan dari keadilan, serta memberikan ancaman yang keras terhadap orang-orang yang berlaku zalim.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan barangsiapa di antara kamu yang berbuat zalim, nescaya Kami rasakan kepadanya azab yang pedih.” (Surah Asy-Syura ayat 42)


iii. Mencontohi Rasulullah yang berlaku adil terhadap semua orang, tanpa membezakan antara yang kaya dan miskin, kerabat dan bukan kerabat, orang kenamaan atau rakyat jelata.


Rasulullah bersabda: “Demi Allah, seandainya Fatimah putri Muhammad mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.” Beliau juga bersabda, “Demi Allah, kalian tidak akan menemukan sepeninggalanku seorang yang lebih adil terhadap kalian daripada aku.” (HR An Nasa’i).


iv. Merealisasikan keadilan secara bertahap dan menyeluruh.


Imam Al Mawardi berkata, “Seorang Muslim wajib memulai dengan berlaku adil terhadap diri sendiri kemudian berlaku adil terhadap orang lain.”


Berlaku adil terhadap diri sendiri iaitu dengan sentiasa mendorong dirinya untuk meraih pelbagai kepentingan (kemaslahatan), menahan diri dari berbagai keburukan, serta bersikap mengikut kadar dan seimbang dalam semua keadaan.


Tidak melampaui batas dan tidak mengurangi hak kerana melampaui batas adalah menipu dan mengurangi hak adalah kezaliman.


Barangsiapa berlaku zalim terhadap diri sendiri maka terhadap orang lain ia akan lebih zalim. Barangsiapa bertindak menipu pada diri sendiri, maka terhadap orang lain ia akan lebih menipu.


Berlaku adil terhadap orang lain boleh dibahagikan kepada 3 kategori:


a. keadilan seorang Muslim kepada yang lebih rendah seperti seorang pemimpin terhadap rakyatnya iaitu dengan merealisasikan empat hal yang terdiri daripada mengikuti yang mudah, menghilangkan yang sukar, meninggalkan sombong/ takbur akan lebih mengundang simpati. Manakala mencari kebenaran akan lebih membangkitkan semangat pembelaan terhadap dirinya.


b. Keadilan seorang seorang Muslim kepada yang lebih tinggi seperti rakyat dengan pemimpin iaitu dengan merealisasikan 3 perkara yang terdiri daripada mengikhlaskan ketaatan, mengerahkan pertolongan dan bantuan akan memurnikan ketaatan.



Mengikhlaskan ketaatan akan lebih mampu menjaga persatuan dan kesatuan. Manakala mengerahkan pertolongan dan bantuan akan lebih mampu menghilangkan kelemahan. Di samping itu memurnikan ketaatan akan lebih mampu menghindarkan buruk sangka.


c. Keadilan seorang Muslim kepada yang sedarjat (setaraf) dengannya melalui tiga cara iaitu meninggalkan sikap sombong, menghindari sikap memanjakan dan menahan diri dari tindakan mengganggu.



Meninggalkan kesombongan akan lebih mampu membangunkan keakraban dan kemesraan. Manakala menghindari sikap memanjakan akan lebih mampu membangun kelemah-lembutan. Sementara itu menahan diri dari tindakan yang mengganggu akan lebih mampu bersikap objektif.


Demikianlah beberapa kaedah untuk memotivasikan diri agar mampu berlaku adil terhadap diri sendiri dan orang lain sehingga kita dapat selamat di dunia dan akhirat.



Rujukan:


Fakhruddin Nursyam, Lc, Syarah Lengkap Arba’in Ruhiyah Refleksi 40 hadis Rasulullah saw, Bina Insani Press Solo, Solo, 2007.

1 comment:

  1. Strange "water hack" burns 2lbs overnight

    Over 160 thousand women and men are utilizing a simple and SECRET "liquids hack" to burn 2lbs each and every night as they sleep.

    It's very easy and it works on anybody.

    Here's how to do it yourself:

    1) Hold a glass and fill it half the way

    2) And now do this proven HACK

    and you'll be 2lbs lighter as soon as tomorrow!

    ReplyDelete