Monday, June 27, 2011

Kenapa Seorang Mukmin Berbeza Dari Seorang Kafir?

Setiap muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir. Allah suka kepada orang Muslim dan benci kepada kafir. Seorang muslim akan memperoleh keselamatan dari Allah, sedangkan orang kafir tidak dipedulikan oleh Allah di akhirat.

Seorang muslim akan masuk ke syurga, dan seorang kafir akan masuk neraka. Marilah kita fikirkan benar-benar, mengapa ada perbezaan begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir. Padahal seorang kafir adalah keturunan Adam, seperti kita semua. Ia juga punya tangan, kaki, mata dan telinga seperti kita semua. Ia juga bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama dan hidup di bumi yang sama.

Allah yang menciptakan kita, adalah Penciptanya juga. Maka, kenapakah darjatnya rendah dan darjat kita tinggi? Mengapa kita semua nanti akan masuk syurga dan dia masuk neraka?

Apakah perbezaan pada nama sahaja?

Ini adalah suatu masalah yang perlu kita fikir secara mendalam. Perbezaan yang besar antara seorang muslim dengan seorang kafir tidak mungkin kerana seorang itu bernama ‘Abdullah’ dan ‘Abdul Rahman’ sedangkan yang lain bernama ‘John’ dan ‘Robert’, atau seorang berkhatan dan yang lain tidak. Atau kerana seorang tidak memakan babi dan lain memakannya.

Allah Yang Maha Kuasa, yang telah menciptakan alam, seluruh manusia dan memberinya rezeki, tidak mungkin bertindak demikian kejam, mendiskriminasikan antara makhluk-Nya, hanya kerana soal kecil seperti itu dan memasukkan hamba-Nya yang satu ke syurga sedang yang lain ke neraka.

Perbezaan Islam dan Kufur yang sebenarnya

Memang benar perbezaan yang besar antara seorang Muslim dengan seorang kafir bukanlah kerana soal nama, berkhatan dan tidak makan babi.

Kalau begitu, apakah perbezaan yang sebenar antara keduanya?

Jawabnya hanyalah satu, yakni kerana Islam dan kufur. Islam bererti patuh kepada Allah sedangkan kufur bererti engkar terhadap Allah.

Orang muslim dan orang-orang kafir kedua-duanya adalah manusia, kedua-duanya adalah hamba Allah. Tetapi yang satu berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Yang satu takut akan hukuman yang akan diberikan-Nya bila ia tidak mematuhi perintah-perintah-Nya. Sedangkan yang satu lagi terkeluar dari kedudukan yang itu kerana tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintah-Nya.

Inilah sebabnya kenapa Allah menyukai orang Muslim dan membenci orang-orang kafir. Allah menjanjikan kurniaan syurga bagi orang-orang Muslim dan memperingatkan orang-orang kafir bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka,

Rujukan:

Manhaj Hidup Muslim, terjemahan Fundamental Of Islam Sayyid Abul A’la Al-Maududi, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, 1985.

No comments:

Post a Comment