Friday, March 11, 2011

Ada 9 Pembaziran

Menurut Ibnul Qaiyyim Al Jauzi ada 9 pembaziran akan berlaku apabila ada ciri-ciri berikut:-

i. ilmu pengetahuan – membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan

ii. amalan – membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

iii. kekayaan – membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah.

iv. Hati – membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah

v. Tubuh badan – membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah

vi. Cinta – membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

vii. Masa – membazir jika tidak diuruskan sebaiknya.

viii. Akal – membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna (kebaikan) kepada agama.

ix. Zikir – membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Ada 3 manusia yang paling rugi di akhirat:

i. anak (hamba atau pekerja) yang soleh masuk syurga, sedangkan majikannya masuk neraka.

Keadaan ini akan berlaku sekiranya tuan atau majikan yang kaya raya tetapi tidak melaksanakan suruhan Allah, nanti di akhirat masuk neraka. Sedangkan anak buah atau pekerja yang selalu dipandang rendah tetapi beriman apabila di akhirat, masuk syurga.

ii. Orang yang mengumpul harta tidak memenuhi hak Allah sehingga dia meninggal lalu warisnya menginfakkan hartanya di jalan Allah sehingga mereka yang selamat.

Ramai orang yang kaya raya yang tidak berbelanja di jalan Allah. Sepatutnya apa sahaja yang kita ada berupa harta benda, wang ringgit, tenaga dan masa perlu digunakan untuk perkara bermanfaat dan diredhai Allah bagi membolehkan kita meraih pahala.

Rugilah hidup kita yang singkat ini jika gagal untuk dimanfaatkan sebaiknya. Sebaliknya orang yang mewarisi harta kita, berjaya di akhirat kerana menggunakan segala harta yang diwarisi untuk kebaikan.

iii. Orang alim yang mampu menyelamatkan manusia dengan ilmunya sedang dia sendiri masuk neraka.

Adalah sangat merugikan apabila kita hanya menjadi ‘jambatan’ kepada orang lain untuk mendapat ganjaran syurga Allah di akhirat sedangkan diri kita sendiri tidak selamat. Perkara ini berlaku jika kita menyampaikan ilmu kepada orang lain di mana orang lain mengamalkan ilmu yang diterima tetapi kita sendiri tidak mengamalkannya.

Sungguh benar kemurkaan Allah kepada orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya.

No comments:

Post a Comment