Friday, February 11, 2011

Watak Orang Mukmin

Setiap orang mukmin perlu mempunyai sifat sebagai seorang mujahid yang bertaubat, beribadah, sujud, memuji Allah, melawat atau berjalan dalam rangka dakwah, menyuruh kepada makruf dan mencegah mungkar serta memelihara hukum Allah.

Perasaan cinta kepada Allah akan menjadikan kehidupan orang mukmin sentiasa dihiasi dengan watak seorang mujahid iaitu:

i. sentiasa bertaubat, memohon ampun dari dosa dan menghindarkan diri dari melakukan maksiat
ii. Sentiasa mengabdikan diri kepada Allah SWT sama ada dalam keadaan lapang atau sempit dengan pengabdian yang ikhlas.
iii. Sentiasa memuji dan menyanjung dan mengagungkan Allah SWT dalam pelbagai keadaan dan kesempatan yang ada.
iv. Melawat atau berjalan dalam rangka dakwah, mencari ilmu yang memberi kemanfaatan bagi Islam dan kaum muslimin, bertafakur / tadabbur tentang alam dan realiti permasalahan umat.
v. Sentiasa ruku’ dan sujud iaitu menghinakan diri dengan tidak sombong terhadap kehendak dan kemahuan Allah SWT.
vi. Menyuruh kepada makruf (kebaikan)
vii. Mencegah mungkar dan perkara yang dibenci oleh Allah.

viii. Menjaga hukum Allah iaitu melaksanakan hukum Al Quran pada dirinya dan memperjuang agar terlaksanakan dalam masyarakat.

Firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 112:

ٱلتَّـٰٓٮِٕبُونَ ٱلۡعَـٰبِدُونَ ٱلۡحَـٰمِدُونَ ٱلسَّـٰٓٮِٕحُونَ ٱلرَّٲڪِعُونَ ٱلسَّـٰجِدُونَ ٱلۡأَمِرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱلنَّاهُونَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَٱلۡحَـٰفِظُونَ لِحُدُودِ ٱللَّهِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (١١٢)

(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Rujukan:

Dr Irwan Prayitno, Msc, Keperibadian Muslim, Pustaka Tarbiatuna, Jakarta, Jun 2010.

No comments:

Post a Comment