Kita perlu menjadi kunci pembuka kebaikan di tengah masyarakat sehingga mendapat kebahagiaan yang dijanjikan oleh Rasulullah. Antara perkara yang harus dilakukan oleh seseorang muslim agar termasuk dalam golongan orang-orang yang menjadi kunci pembuka kebaikan adalah seperti berikut:
i. Hendaklah kita mengajar kebaikan kepada orang lain. Dengan pengajaran yang dilakukan akan memberi kesempatan kepada ramai orang lain untuk menerima dan menimba kebaikan.
Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan.”
ii. Senantiasa mempelajari dan mengkaji kebaikan
iii. Sentiasa mengamalkan kebaikan
Seseorang yang mengerjakan kebaikan akan dianggap kunci pembuka kebaikan kerana dengan mengamal kebaikan bererti ia memberikan contoh dan teladan kepada orang lain agar ikut mengerjakan kebaikan juga. Mengajar dengan contoh teladan lebih berkesan daripada mengajar dengan lisan.
Abu Darda’ berkata: “Tidaklah kamu dianggap sebagai orang alim sehingga kamu mengamalkan ilmumu”.
iv. Sentiasa mendukung proses belajar dan mengajar pelbagai bidang kebaikan. Sekiranya seseorang tiada kesempatan untuk belajar dan tidak mampu mengajar maka hendaklah ia menjadi orang yang memberi kemudahan kepada orang-orang yang mengajar dan belajar untuk melakukan kebaikan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan kebaikan dan ketaqwaan.” (Al Maidah ayat 2)
v. Memberikan bantuan atau kemudahan kepada sesiapapun yang hendak mengamalkan kebaikan.
“Barangsiapa yang menyiapkan perbekalan untuk orang yang berperang di jalan Allah maka ia akan mendapatkan pahala orang yang berperang.” (Muttafaqun ‘alaih).
Seorang yang hadir dalam sebuah majlis kebaikan, meskipun hanya ikut-ikutan dan tidak serius melakukannya, juga layak dianggap sebagai kunci pembuka kebaikan sehingga layak mendapat keampunan dan rahmat Allah.
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:
“Saksikanlah olehmu bahawa Aku telah mengampuni mereka semuanya,” Malaikat berkata: “Diantara mereka ada si fulan, ia bukan sebahagian daripada mereka, kerana sebenarnya ia datang untuk suatu keperluan.” Allah berfirman:
“Sesungguhnya Aku juga telah mengampuninya. Kerana mereka adalah suatu kaum yang barangsiapa duduk bersama mereka, maka tidak akan mengalami kesengsaraan.” (HR Muslim).
Rujukan:
No comments:
Post a Comment