Thursday, June 11, 2009

TAUHID AL-ULUHIYYAH (Siri ke 5)

Dengan tauhid seluruh dorongan manusia akan terbentuk

Dengan tauhid yang kuat, maka akan terbentukkan pelbagai dorongan yang ada dalam jiwa manusia. Dia akan takut hanya kepada Allah Subhanahuwata’ala dan berani mempertahankan keyakinannya seperti yang dipersaksikan dalam sirah Rasulullah dan para sahabat:

1. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah memerintahkan Ali Radhiallahu’anhu agar tidur di atas katilnya sebelum baginda keluar berhijrah ke Madinah, sedangkan musuh Islam begitu giat mengintip baginda. Namun Sayyidina Ali sanggup berbuat mengikut perintah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam kerana beliau yakin atas Kehendak dan Kekuasaan Allah.

2. Khalid Ibn al-Walid Radhiallahu’anhu pernah mengalami banyak calar dan luka pada badannya kerana berperang di jalan Allah Subhanahuwata’ala. Namun dia tetap yakin dengan Kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala. Dia tetap meneruskan pertempuran melawan musuh.

3. Bilal bin Rabah Radhiallahu’anhu sanggup diheret di padang pasir, dijemur di bawah kepanasan matahari dan diseksa dengan batu besar diletakkan di atas tubuhnya. Dia tetap mempertahankan keimanannya.

Kini, ramai orang Islam kehilangan hakikat tauhid yang sebenarnya. Mereka masih yakin kepada yang lain daripada Allah Subhanahuwata’ala atau keyakinan mereka bercampur aduk. Mereka takut kepada kegagalan, ketua, kematian dan sebagainya, di sambing takut kepada Allah Subhanahuwata’ala

Rujukan:
Dr. Abdul Karim Zaidan, Usul Ad-Da'wah.

No comments:

Post a Comment