Thursday, June 11, 2009

KONSEP SYAHADAH لا إلٰه إلا الله (Siri ke 2)

Mu’min Mukhlis

Apabila seorang mu’min mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala dengan sikap bara’ (mengingkari, memisahkan diri, membenci dan memerangi segala ilah selain daripada Allah Subhanahuwata’ala seperti hawa nafsu dan sistem hidup yang bukan Islam) terhadap selain daripada Allah Subhanahuwata’ala dan memberikan wala’ (mentaati, mendekatkan diri, mencintai sepenuh hati, membela, mendokong dan menolong) sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata’ala maka dia akan mencapai tahap mu’min mukhlis, iaitu mu’min yang ikhlas sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Ikhlas dalam beribadah bermakna menjalankan segala perintah Allah Subhanahuwata’ala dengan sepenuh hati, sekaligus mengingkari semua yang datang selain dari Allah Subhanahuwata’ala. Ikhlas adalah inti ajaran Islam, iaitu memurnikan perhambaan kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Oleh itu segala sistem dalam Islam seperti sistem ekonomi, sistem undang-undang, sistem akhlak, sistem ibadah, sistem berumahtangga dan sebagainya adalah merupakan tatacara untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala atau tatacara untuk memberikan wala’ sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata’ala.

No comments:

Post a Comment