Thursday, June 11, 2009

IMAN (Siri ke 2)

Tanda kemanisan iman

Sebahagian daripada tanda-tanda lahir kemanisan iman ialah kecintaan seseorang mu’min untuk melakukan ibadah. Ia merasa selesa, tenang, rindu dan lapang melakukannya. Janganlah kita merasa pelik dan menganggap perkara ini hanyalah khayalan semata-mata kerana iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh roh sebagaimana lidah dapat merasakan kemanisan makanan. Hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang mulia telah menyebut, yang bermaksud:

“Jika terdapat perkara ini pada seseorang, beliau akan merasakan kemanisan iman: Beliau mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segala sesuatu, beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka, beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu (kepentingan) tetapi hanyalah kerana Allah.”

Iman itu ada kemanisannya. Kemanisan tersebut akan bertambah apabila iman bertambah kuat.

Rujukan:

Penjelasan tentang iman oleh Al-Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna.

No comments:

Post a Comment