Oleh kerana Allah Subhanahuwata’ala bersifat ghaib dan tidak terjangkau oleh pancaindera kita, maka untuk mengenali Allah Subhanahuwata’ala dengan lebih jauh tidak akan dapat dilakukan berasaskan pengamatan pencaindera semata-mata. Kerana keghaiban, kesempurnaan dan keagungan-Nya itulah kita hanya akan dapat mengenali-Nya melalui ayat-ayat-Nya.
Ayat-ayat Allah Subhanahuwata’ala dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu:
1) Ayatul qauliyah.
Iaitu ayat-ayat yang berbentuk kata-kata atau firman-firman Allah Subhanahuwata’ala sepertimana yang terkandung dalam kitab-Nya yang diwahyukan kepada rasul-Nya. Firman-Nya yang bermaksud:
"Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan daripada ayat-ayat-Nya) itu?"
(At-Tin, 95:7)
2) Ayatul kauniyah.
Iaitu ayat-ayat yang berbentuk tanda-tanda kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala yang tersebar di alam semesta. Firman-Nya yang bermaksud:
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakkah cukup bahawa sesungguhnya Rabmu menjadi saksi atas segala sesuatu?"
(Fusilat, 41:53)
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal."
(Ali Imran, 3:190)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment